YouTube Update Ciri Baharu untuk TV Pintar

YouTube telah mengumumkan beberapa ciri baharu yang akan meningkatkan pengalaman pengguna di web, peranti mudah alih, TV pintar, dan YouTube Music. Menurut Matthew Darby, Pengarah Pengurusan Produk YouTube, kemas kini ini direka untuk memperbaiki pengalaman menonton dan interaksi antara pengguna dan pencipta kandungan. Berikut adalah ciri-ciri baharu yang diperkenalkan:

1. Pelarasan Kelajuan Main Balik yang Lebih Tepat

Pengguna kini boleh melaraskan kelajuan main balik video dengan kenaikan 0.05, membolehkan penyesuaian kelajuan video dengan lebih tepat dan fleksibel.

2. Miniplayer yang Lebih Interaktif

YouTube memperkenalkan miniplayer yang lebih interaktif pada aplikasi mudah alih, membolehkan pengguna mengubah saiz dan menggerakkannya, serta mencari video lain sambil menonton video yang sedang dimainkan.

3. Senarai Main Kolaboratif dan Penciptaan ‘Thumbnail’ AI

Pengguna kini boleh berkongsi senarai main dengan keluarga dan rakan melalui pautan atau kod QR, serta menggunakan AI untuk mencipta ‘thumbnail’ senarai main yang lebih kreatif dengan memilih tema dan membiarkan AI menghasilkan gambar mengikut pilihan mereka.

4. Fungsi ‘Sleep Timer’

YouTube memperkenalkan ciri ‘Sleep Timer’ yang membolehkan pengguna menetapkan masa untuk menghentikan video secara automatik, sesuai untuk mereka yang suka menonton video sebelum tidur.

5. Lencana YouTube

Pengguna kini boleh mengumpul lencana yang memperingati pencapaian tertentu, seperti menjadi ahli berbayar terawal atau menjadi pendengar utama artis kegemaran, mirip dengan apa yang terdapat di Facebook.

6. Antara Muka TV yang Lebih Sinematik

YouTube juga mempertingkatkan pengalaman menonton di TV dengan sentuhan visual yang lebih sinematik dan antara muka Shorts yang lebih interaktif, memberikan pengguna pengalaman yang lebih mendalam.

Kemas kini ini akan dilancarkan secara berperingkat kepada semua pengguna. Jika anda masih belum menerima ciri-ciri baharu ini, jangan risau kerana ia akan tersedia tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Layer 1
//
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?